skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

Eleven Squared

Sebelas Kuasa Dua

Selamat Tengahari Cikgu

4:49 PM | Publish by nazz

Tahun 2012 adalah tahun yg menjadi sejarah sgt2 la dalam hidup ak. Kenapa? Kawin ke mase tu? taklah. Tak semestinya kahwin je yg bleh jd sejarah. Banyak lg benda. Actually, ak jd CIKGU masa tahun lepas. Haha. Even Cikgu ganti je. 6bulan je pulak tu. Tapi seriously mmg sgt2 bermakna dlm hidup ak.

Masa kecik2 , tiap kali cikgu tanya cita-cita, mest ak jawab nak jd cikgu. Konon2 berjiwa 
pendidik la kan sejak kecik..cettt! takdenye. Ak nak jd cikgu masa ak kecik sebab ada niat lain. Masa tu ak pikir, jadi cikgu bes, sebab banyak cuti. Cuti sekolah panjang2 pulak tu. Pastu kerja sampai dalam kul 2 je gitu la. xdela sampai kul 5. Haha. Kecik2 dah niat malas nak kerja. Asik pikir cuti je. Hang teghokk la wey. Ala normal la tu kan? kih2.

Tapi...pastu bila masuk u, ak x amek kos pendidikan pon. Sebab masa tu konon2 nak jadi lecturer. Thats why ak tak amek Pendidikan. Padahal sebab ak malas gila nak g interview. Nak amek pendidikan kan kena g interview dulu. Malas aku. Nak jd lecturer tu, memang betul dah. Tapi tulah. Ak malas nak sambung belajar. Konklusinya, aku nie Pemalas balokk liat baq hangg. Orang pemalas memang tempatnya terperuk kat rumah macam sekarang. Padan muka kau. Niat tak elok,jadi la camnie. Hahaha.


Masa memula, ak dpt call dr PPD, kata ada cikgu ganti math diperlukan. Lepas dah settle semua procedure, ak pun mengajar la kat sekolah menengah tu. Sekolah tu sekarang nie dah dikira macam sekolah bestari gitu la. Sebab lau nak masuk situ pun, dia tengok result. Tapi bukan sekolah asrama penuh pun. Sekolah harian. Ak jadi cikgu math form 4 form 5 sebenarnya. Tapi, sebab ak nie kan ckgu ganti yg no experience, so ak diminta ajar form 4 saje la. Itupun selepas 3 minggu ak jadi cikgu kat situ. Sebabnya, for the first 3 weeks, ak cuma kena relief class aje. Mak aihh bosan gila serius. Masa tu tengah susun jadual sebab ada cikgu yg nk pindah la pe semua. Tu la jd gitu tu. Ak rasa mcm makan gaji buta je. hoho.


Diorang ada bagi aku pegang 1 kelas nie. Kelas form 4. Bukan kelas sains. Budak kelas tu pun sikit je. Seronok gak la jd guru kelas diorg. Sume sengal2. Haha. Cikgu kelas diorang ada tp dia ada masalah sikit,selalu cuti. Sebab tu ak kena ganti. Untuk kelas nie, ak aja topik Quadratic. Quadratic Equation, expansion gitu semua la. Tah ak da tak ingat. haha. Kelas diorg dah tertinggal silibus sikit. Tapi untuk kelas Sains, ak aja topik Set. Seronok..hihi. Memula cam nervous la jugak nak ngajo. Maklum la. Festaim... tak penah kott..Yg kelas sains tu, ade la beberapa budak chinese. Diorang duk depan. Mak aihh bising gila. Kelas tu ramai, so ak aja kena jerit sket kalau x, xdengar. Nasib baik volume suara aku dah sedia kuat. kih2.


Ak pun sempat jaga kelas exam, tanda paper diorang semua. Laju gila ak siap tanda. Excited la katakan. haha. Yang paling ak salute ngn diorang nie, diorang sangat menghargai guru. Bayangkan la ak ngaja tak sampai 2bulan. 3minggu pertama tu dah tentu2 ak relief class je manjang. lepas tu baru ngaja. Kejap sgt kan? tapi, masa ak da nak blah dr sekolah tu, diorg bg hadiah! waaaaa. Terharu ak. Diorang letak hadiah atas meja ak. Memula ak tak perasan. Sekali baru ak pasan. Atas meja ak ade bantal kecik bentuk love warna merah. Soooo suwitt! thanx anak anak. Tu budak kelas sains yg bg. Budak kelas yg ak pegang tu pulak, tetbe dak2 pompuan dia bincang2,pastu nak tanya ak malu2. Rupa2nya nak ajak kua weekend tu. Kira cm buat sambutan utk ak la kan. Hoi terharu lagi sekali woii. haha. Weekend tu, ak pergi la makan ngan diorang kt kedai kek. Rupa2nya diorg ada beli hadiah utk ak sekali. Last skali mase amek2 gambar, diorg bg hadiah. Tengkiu tengkiu tengkiu. Serious ak sgt3 terharu.. Hope korang sume berjaya la ye utk SPM tahun nie. Luv u sooo much guys! :)


ok la, ini utk 2bulan je kan? mane lg 4bulan? td kate jd cikgu 6bulan..tipu eh? wowowowo..sabaqq satt.  ak jd cikgu utk 2 buah sekolah yg berbeza la. Nie baru la nak masuk pasal cite sekolah kedua tu. hehe. Tapi bukan dlm entry nie...next entry la eh...Tungguu~~~

0 comments
0 Responses

« Newer Post Older Post »
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.

Kuasa Dua

  • ► 2015 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2014 (3)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (1)
  • ▼ 2013 (10)
    • ► December (1)
    • ► September (2)
    • ▼ March (7)
      • Selamat Petang Cikgu 4.0 (Ending)
      • Selamat Petang Cikgu 3.0
      • Selamat Petang Cikgu 2.0
      • Selamat Petang Cikgu
      • Selamat Tengahari Cikgu
      • Selamat Pagi Cikgu
      • lets get started!
  • ► 2010 (3)
    • ► October (3)

Kuasa Tiga

Sebelas

My Photo
nazz
Aku suka nombor. lagi lagi sebelas. sebab hidup ak penuh dengan nombor 11. satu dan satu.
View my complete profile

berbelasbelas

Copyright (c) 2010 Eleven Squared. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.